26 May 2010

Judi bola: Pengarah Jais diminta nyata pendirian

Oleh: Dzulfikar Mashoor

SHAH ALAM, 26 Mei: Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi diminta menyatakan pendirian peribadi dalam isu kerajaan Pusat meluluskan lesen judi bola sempena Piala Dunia 2010.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar), Khusrin sepatutnya tidak mengambil sikap berdiam diri kerana hukum berjudi jelas haram di sisi Islam.

Sehubungan itu, Khalid mencabar Khusrin mengambil sikap lantang dengan mengkritik pemimpin Umno dalam isu itu sebagaimana yang pernah dilakukan dalam isu penggunaan kalimah ‘Allah’ di kalangan masyarakat bukan Islam suatu ketika dahulu.

“Dalam isu judi, hukumnya haram mutlak, kenapa Khusrin tidak naikkan sepanduk sebagaimana beliau menentang pendirian PAS, Pakatan Rakyat dulu,” jelas beliau di pejabatnya, petang ini.

Disebabkan Khusrin masih tidak menyatakan penderian sejak isu judi tersebut meletus, Khalid turut mempersoal kredibilitinya sebagai penjawat awam di Jais sendiri.

“Adakah diam Khusrin ini disebabkan kesetiaannya pada Umno serta masih terkenang jawatannya setiausaha politik bagi Muhammad Muhd Taib (bekas Menteri Besar) suatu ketika dulu,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa Khusrin sebagai dalang Umno dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.

Ini kerana, dakwaannya, Khusrin bertanggungjawab menghalang para pendakwah berkhutbah di masjid.

Namun, selepas beliau sendiri mendedahkan gambar kain rentang Majlis Bacaan Yaasin Memenangkan Calon BN, Khusrin dilihat mengambil sikap berpeluk tubuh, seakan tidak mahu mempertikai Umno BN yang cuba membawa politik kepartian ke masjid.

Selain mempertikai Khusrin, Khalid turut mendesak Jais, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) serta Mufti Selangor, Datuk Haji Mohd Tamyes Abdul Wahid supaya menyuarakan protes terhadap pemimpin Umno negeri dan Pusat.

Dalam perkembangan yang lain, beliau berkata, pihaknya turut mengutus surat memohon sembah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor supaya Tuanku Sultan perkenan untuk mempengaruhi Majlis Raja-Raja Malaysia mendesak kerajaan membatalkan lesen judi bola secepat mungkin.

Dipetik dari http://www.harakahdaily.net/

2 comments:

Anonymous said...

maaf berlainan fokus. Isu ini bagi kami :penting :

Bismillahirahmaanirrahiim !

“BAHAWA SESUATU BANGSA YANG TIDAK PUNYA KUASA DI ATAS TANAH, AIR, API DAN ANGIN [ALAM SEKITAR dan KOMUNIKASI] ADALAH BANGSA YANG BANGSAT”

***PEMBAGUNAN KAMPUNG BAHRU DAN TANAH KEPUNYAAN MELAYU DI KUALA LUMPUR.***

Pada 11 Mei 1993 saya telah MENULIS SURAT KEPADA DATUK BANDAR KUALA LUMPUR, DATUK DR MAZLAN BIN HAJI AHMAD MENEGUR DAN MENCADANGKAN SUPAYA TANAH ORANG MELAYU DIKONGSI DENGAN LEMBAGA TABUNG HAJI (LTH)

Surat itu di beri salinan kepada
1. DS Dr Mahathir, P.M.
2. DS. Haji Anwar bin Ibrahim TPM
3. Dk. Sulaiman bin Hashim, Pengurusi LTH
4. Pengurusi Dewan Perniagaan Melayu
Malaysia.

Kepada LTH saya mencadangkan menambah dengan memeihon supaya diberikan biasiswa kepada anak pemegang saham dan pekerjaan kepada orang Melayu berkaitan dengan tanah dan pembangunan yang begitu luas.

LTH ada menjawab panjang ...dan merujuk bahawa Akta 8, LTH 1969 dan Akta 168...sebuah badan berkanun milik penuh oleh Kerajaan Malaysia.

Jawapan dan surat kepada beberapa pemimpin atasan UMNO dan lain, seperti soal pendidikan, bahasa, ekonomi dan pertanian boleh dibaca dalam buku berbentuk Majallah

Dr Ahmad Kamar : MANIFESTO KITA. (60 halaman)
Majallah tersebut boleh dibaca di perpustakaan universiti dan Perpustakaan Negara.

BAGI SAYA PERIBADI BERPEGANG
BAHAWA SESUATU BANGSA YANG TIDAK PUNYA KUASA DI ATAS TANAH, AIR, API DAN ANGIN [ALAM SEKITAR dan KOMUNIKASI] ADALAH BANGSA YANG BANGSAT.

MAAF. ~Ahmad Kamar

Thursday, 3 June 2010
Kenyataan media tentang isu pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur

Anonymous said...

Bismilah !

PERTAMA ~Saya ingin tahu bagaimana tafsir dari ijma ulama (bukan seorang alim sahaja DAN TIDAK DIUPAH...) mengenai Surah Yaasin ayat 21 yang mahfhumnya< Mahmud Yunus (Indonesia) :

"IKUTLAH ORANG YANG TIDAK MINTA UPAH KEPADA MU, SEDANG MEREKA MENDAPAT PERTUNJUK".

KEDUA~ (a)APA "WIBAWA" KEDUDUKAN DAN PERANAN MUFTI YANG SEBENAR DALAM PENTADBIRAN ISLAM YANG BERDASARKAN HUKUM FIQH ; (b) APAKAH MUFTI
DALAM NEGARA ORANG ISLAM ITU PENUH BERWIBAWA SEPERTI, JIKA IA ADA DIZAMAN NABI DAN SAHABAT ?
INGIN JUGA MENGETAHUI MUFTI DI ZAMAN TURKEY DAN PLATINE TENTANG "STATUS" DAN PERNANAN MEREKA SECARA PERLEMBAGAAN. MAAF. ~ahmad kamar

Post a Comment