22 June 2011

Semua diseru jayakan Bersih 2.0

Semua ahli dan penyokong PAS diwajibkan hadir dalam himpunan BERSIH bagi menyatakan sokongan rakyat terhadap tuntutan 8 perkara bagi menjamin keyakinan terhadap sistem demokrasi Berparlimen.

Himpunan demonstrasi aman ini bukanlah perkara baru dalam konteks negara. Selepas PRU ke 12, UMNO ternyata lebih banyak mengadakan demo berbanding PR. Apa yang menarik demo ini dikawal oleh polis tanpa ada prokasi. Ia berjalan dengan aman. Bawa kepala lembu, bakar gambar, bakar bendera dan istihar perang khususnya anjuran PERKASA; seolah-olah sabuah badan yg mempunyai kekebalan.

PAS mengucapkan tahniah kepada kebebalan PERKASA yang mengeluarkan pelbagai kenyataan bersifat provokasi, kerana ini tentulah memudahkan polis untuk menahan mereka yg melakukan provokasi. Kalau yang buat provokasi tentulah PERKASA; tapi jangan terkejut kalau yg kena tahan ialah PAS, PKR atau DAP.

PAS juga mengalu-alukan penyertaan Pemuda UMNO yang akan ikut sama demo pada 9hb Julai nanti. Keberanian Khairy kali ini agak luar biasa, cabar polis dan sedia ditangkap. Cuma PAS hairan Pemuda UMNO sertai demo untuk menuntut apa?. Kalau tuntutan kita atas 8 perkara, maka Pemuda UMNO nak tuntut apa?.

Kata Khairy mereka menuntut penambahbaikan sistem Pilihanraya di Malaysia. Maknanya Pemuda nampaknya lebih faham berbanding UMNO tua yg berlindung di bawah dagu PERKASA.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

28 April 2011

AJK PAS Shah Alam Sesi 2011/2013



PAS Shah Alam telah selesai melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-24 dan pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Sesi 2011/2013 pada Ahad 24 April 2011 yang lalu.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS. Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengingatkan mengingatkan ahli-ahli agar buang sikap 'tiada masa dengan Allah nanti Allah tiada masa dengan kita', lazimi Al-Quran, tahajjud dan puasa sunat serta berusaha agar kelemahan yang diketahui tidak terus dikekalkan.

Beliau menambah, kemenangan kali kedua di Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) 13 akan datang bagi menjamin segala usaha politik dan dakwah Islam masakini dapat diteruskan.
Sementara itu, ketika berucap dalam majlis sama, Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata, jika musuh dapat merampas semula Selangor, mereka pasti akan melakukan sekatan lebih teruk daripada sebelum ini.

Menurutnya, kemenangan PAS di banyak kawasan termasuk Shah Alam dalam PRU 12 pada Mac 2008 adalah hasil pendirian dan sokongan banyak pihak termasuk bukan Islam dan Melayu. Kerana itu, jelasnya, gerak kerja selepas ini mestilah menjurus ke arah mendekatkan mereka termasuk semua anggota masyarakat lain bagi memahamkan mereka perjuangan dan matlanat PAS dalam memberi dan memelihara hak dan tuntutan semua pihak termasuk bukan Islam.

Berikut AJK yang dipilih:

Yang Dipertua:                      YB Hj Khalid Abdul Samad
Timbalan Yang DiPertua:  Hj Azli Yusof
Naib Yand DiPertua:            Mohamad Jamil Abd Rahim
K. Urusan Ulamak:               Ustaz Nik Bakri Nik Mat
Ketua Pemuda:                      Mohd Hilmi Radzuan
Ketua Muslimat:                   Pn Zarina Dzulkupli

AJK Dipilih:
   Ishak Dollah
   Hj Abdul Aziz Isa
   Mohamad Rosli Mohamad Dani
   Halim Mohamed Redzuan
   Hjh Maimunah Yusoff
   Hjh Faridah Abu Bakar
   Hjh Rahilah Arshad
   Hj Mohd Yussuf Hashim
   Zakaria Abdul Latiff
   Hj Safwan Zubir Ismail
   Hj Abd Rahman Mayan
   Ustaz Mohd Ali Tuah
   Hj Abdullah Yunus
   Hj Ruslan Saeh
   Ustaz Zawawi Yusof
   Shamsuddin Drani

02 January 2011

Tahun 2011... Langkah ke Putrajaya.

Tahun 2011 sudah menyinsing. Pelbagai azam dan resolusi diutarakan oleh individu, organisasi, kerajaan maupun parti politik. Bagi PAS Shah Alam, sudah tentulah usaha akan dipertingkatkan untuk mempastikan hasrat bersama-sama dengan PR menerajui negara akan dapat dicapai.

Selain gerakerja pilihanraya yang dijalankan berterusan, usaha-usaha penerangan dan aktiviti mobilisasi jentera parti, pendokong dan penyokong akan dilipatganda seawal tahun.

Ini akan dimulakan dengan program besar-besaran Solat Hajat dan Pidato Perdana anjuran PAS Pusat dengan kerjasama PAS Shah Alam selaku tuan rumah dan penyelaras program.

Majlis yang akan diadakan di Stadium Melawati pada 9 Januari akan dipimpin oleh Pimpinan tertinggi parti terdiri dari TG Nik Aziz Nik Mat, TG Hadi Awang dan DS Anwar Ibrahim, dimulai dengan Solat Maghrib, Solat Hajat, Solat Isya dan Pidato Perdana.

Diharapkan semua rakyat jauh dan dekat akan turut sama-sama hadir untuk bermunajat untuk kesejahteraan kepada negara dan rakyat Malaysia, memohon keadilan kepada DS Anwar Ibrahim yang sedang menjalani perbicaraan serta pembelaan kepada rakyat yang dizalimi.

Ayuh! Hayunkan langkah, kita semua ke sana...............