02 January 2011

Tahun 2011... Langkah ke Putrajaya.

Tahun 2011 sudah menyinsing. Pelbagai azam dan resolusi diutarakan oleh individu, organisasi, kerajaan maupun parti politik. Bagi PAS Shah Alam, sudah tentulah usaha akan dipertingkatkan untuk mempastikan hasrat bersama-sama dengan PR menerajui negara akan dapat dicapai.

Selain gerakerja pilihanraya yang dijalankan berterusan, usaha-usaha penerangan dan aktiviti mobilisasi jentera parti, pendokong dan penyokong akan dilipatganda seawal tahun.

Ini akan dimulakan dengan program besar-besaran Solat Hajat dan Pidato Perdana anjuran PAS Pusat dengan kerjasama PAS Shah Alam selaku tuan rumah dan penyelaras program.

Majlis yang akan diadakan di Stadium Melawati pada 9 Januari akan dipimpin oleh Pimpinan tertinggi parti terdiri dari TG Nik Aziz Nik Mat, TG Hadi Awang dan DS Anwar Ibrahim, dimulai dengan Solat Maghrib, Solat Hajat, Solat Isya dan Pidato Perdana.

Diharapkan semua rakyat jauh dan dekat akan turut sama-sama hadir untuk bermunajat untuk kesejahteraan kepada negara dan rakyat Malaysia, memohon keadilan kepada DS Anwar Ibrahim yang sedang menjalani perbicaraan serta pembelaan kepada rakyat yang dizalimi.

Ayuh! Hayunkan langkah, kita semua ke sana...............

No comments:

Post a Comment