28 April 2011

AJK PAS Shah Alam Sesi 2011/2013



PAS Shah Alam telah selesai melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-24 dan pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Sesi 2011/2013 pada Ahad 24 April 2011 yang lalu.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS. Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengingatkan mengingatkan ahli-ahli agar buang sikap 'tiada masa dengan Allah nanti Allah tiada masa dengan kita', lazimi Al-Quran, tahajjud dan puasa sunat serta berusaha agar kelemahan yang diketahui tidak terus dikekalkan.

Beliau menambah, kemenangan kali kedua di Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) 13 akan datang bagi menjamin segala usaha politik dan dakwah Islam masakini dapat diteruskan.
Sementara itu, ketika berucap dalam majlis sama, Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata, jika musuh dapat merampas semula Selangor, mereka pasti akan melakukan sekatan lebih teruk daripada sebelum ini.

Menurutnya, kemenangan PAS di banyak kawasan termasuk Shah Alam dalam PRU 12 pada Mac 2008 adalah hasil pendirian dan sokongan banyak pihak termasuk bukan Islam dan Melayu. Kerana itu, jelasnya, gerak kerja selepas ini mestilah menjurus ke arah mendekatkan mereka termasuk semua anggota masyarakat lain bagi memahamkan mereka perjuangan dan matlanat PAS dalam memberi dan memelihara hak dan tuntutan semua pihak termasuk bukan Islam.

Berikut AJK yang dipilih:

Yang Dipertua:                      YB Hj Khalid Abdul Samad
Timbalan Yang DiPertua:  Hj Azli Yusof
Naib Yand DiPertua:            Mohamad Jamil Abd Rahim
K. Urusan Ulamak:               Ustaz Nik Bakri Nik Mat
Ketua Pemuda:                      Mohd Hilmi Radzuan
Ketua Muslimat:                   Pn Zarina Dzulkupli

AJK Dipilih:
   Ishak Dollah
   Hj Abdul Aziz Isa
   Mohamad Rosli Mohamad Dani
   Halim Mohamed Redzuan
   Hjh Maimunah Yusoff
   Hjh Faridah Abu Bakar
   Hjh Rahilah Arshad
   Hj Mohd Yussuf Hashim
   Zakaria Abdul Latiff
   Hj Safwan Zubir Ismail
   Hj Abd Rahman Mayan
   Ustaz Mohd Ali Tuah
   Hj Abdullah Yunus
   Hj Ruslan Saeh
   Ustaz Zawawi Yusof
   Shamsuddin Drani

1 comment:

leekonu said...

Sabtu, 6 Ogos 2011
PANAS!! KHALID GEREJA DAN KONCONYA TERUS MENCERCA JAIS DAN HASSAN ALI!!


Beberapa pemimpin Pas Selangor yang pro- Khalid Samad seperti Khairuddin Othman terus 'mencincang lumat' Hassan Ali tanpa usul periksa asalkan Dr Hassan Ali dilihat bersalah dalam isu gereja demi menjaga hati sahabat sebantal mereka DAP.

Beberapa pemimpin Pas bercakap dalam sidang media di pejabat Khalid Samad di Shah Alam hari ini, Islam tidak membenarkan sama sekali umat Islam memasuki gereja walaupun apa pun yang mereka lakukan"

Kata mereka lagi,"tindakan Jais adalah satu tindakan yang tidak beretika dan perlu menerima hukuman yang berat"

Kata pemimpin pas itu," Inilah hasil didikan penjajah dan pentarbiayahan songsang selama ini. Nak tunjuk kuat, ramai, ada kuasa. Tetapi lebih penting tunjuk akhlak dan keperibadian mulia dan mampu hormati satu sama lain,” katanya.

"Dr Hassan Ali perlu bertanggungjawab dalam insiden itu, bukan setakat itu Hassan perlu berhadapan dengan lembaga displin parti", kata Khalid Samad

Berhubung serbuan JAIS kelmarin, Khalid berhujah, sekiranya terdapat individu melarikan diri sekali pun ia tidak bermaksud melakukan perbuatan salah.

“Biasalah, bila rempuh orang akan cuba lari. Mugkin dia rasa duduk (situ) pun kesalahan, (jadi) dia takut,” kata Khalid yang juga anggota parlimen Shah Alam yang menjaga keselesaan seluruh gereja.

Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman pula menyifatkan tindakan JAIS itu sebagai tidak beretika, kurang sopan dan berniat jahat

Kata Khairuddin lagi, "JAIS juga perlu dihukum kerana tindakan bodohnya itu" sumber cerita Mc ambil kat SINI.



Bagi yang nak tau kenapa JAIS serbu gereja boleh klik SINI. Mc menyokong JAIS dan Hassan Ali membenteras 'majlis songsang' iaitu berbuka puasa di dalam gereja.

Mc taktau apa nak kata dengan umat Islam sekarang ni. Pelbagai cara dan kerja bodoh yang sudah dibuat. Punyalah banyak masjid dan surau ada kat Selangor tu. Apahal pulak nak buka puasa dalam gereja? Dah takdak otak ka, atau dah kurang didikan agama. Kalau benar kita nak buat majlis bersama pihak gereja, buat majlis kat luar, hotel ke, restoran ke.

Ini tidak, dalam gereja pulak yang dipilihnya. Kalau majlis kenduri-kendara tu ok lagi. Ni majlis berbuka puasa.. puasa di bulan Ramadhan adalah satu ibadah wajib. Bila dah masuk dalam wajib, perlu kita berbuka puasa di tempat yang diketahui halalnya, sucinya dan bersihnya. Itu cara kita menghormati agama kita.Tindakan JAIS melakukan 'kunjungan hormat' itu adalah patut dan wajib untuk mencegah umat Islam terpedaya dan murtad.

Pernah dengar ke orang berbuka puasa dalam disko atau 'club'? Dikelilingi dengan keadaan tempat yang tidak suci, bagi agama kita. Kita boleh berbuka puasa ke? Atau kita disuruh bersolat di kandang babi? boleh ke?

Cuba la hormati Agama Islam. Pada Khalid gereja dan konco-konconya yang bodoh dan nak bodek undi orang kristian tu. Balik la ke pangkal jalan. Nak pancing undi pun agak-agakla.. takkan sampai agama di hina pun masih nak sokong?

Korang nak tunggu puak ni buat sembahyang Jumaat dalam gereja pulak ka? baru nak gelabah?

Otak letak kat lutut la..

McTheory:
Lain kali, buat kat tokong pulak.. kasi makan bah kut teh.. baru sempoi..

Post a Comment