29 March 2010

Ke mana hilang RM54 bilion untuk Bumiputera


Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta kerajaan menjelaskan tentang kehilangan RM52 bilion baki yang pernah diperuntukkan kepada Bumiputera dan kaum Melayu di samping mendakwa amalan kronisme yang diamalkan oleh segelintir pemimpin Umno dan BN punca kemunduran kaum.

"Kita tak mahu kroni-kroni Umno sahaja dapat, baik (pemimpin) Umno, baik MCA, baik MIC atau Gerakan yang kebas, apa yang rakyat dapat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan di lobi Parlimen pagi tadi.

Bantu saya jayakan misi bersama Pakatan Rakyat - Nik Aziz

Harakahdaily
KOTA BHARU, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataan pertamanya selepas dipilih semula sebagai Mursyidul Am meminta semua pihak dalam PAS agar membantu beliau bagi menjayakan misi parti bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat," kata beliau dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada media sekejap tadi.

Kenyataan ini dibuat beliau selepas dipilih sekali lagi sebagai Mursyidul Am dalam mesyuarat kedua Majlis Syura Ulamak PAS pagi tadi. Turut dipilih semula adalah Datuk Dr Haron Din sebagai timbalannya.

Dalam kenyataan itu beliau berkata, "menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti."