04 October 2010

Hukum menerima wang sumber tidak jelas

Zaharuddin Abd Rahman

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

DARI SUDUT HUKUM

Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, tindakan mereka adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

Fakta berikut perlu difahami:

1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang (dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.

2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.

Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjakannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.

3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.

Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam (Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225)

PANDANGAN ULAMA MAZHAB

Ulama hanafi menyebut yang ertinya: Pemilikan kotor (haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) (Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)

Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. (rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)

Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata yang ertinya "sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir (dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka." (Al-Majmu' , 9/428)

Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain yang ertinya: "Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan." (Ihya Ulumiddin, 2/212)

Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata yang ertinya : "Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). (Fatawa Mu'asiroh, 1/606)

RINGKASAN DALIL

Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan ‘derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-

1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda yang ertiya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)

Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.

2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]

3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

KESIMPULAN

* Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka (pemberi sumbangan) itu bercampur antara wang halal dan haram. atau dalam kata lainnya, harta mereka masih ada yang neutral dan halal.

* Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.

* Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini.

* Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.

* Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.

* Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.

-----------------------------------------------
Daripada www.zaharuddin.net

2 comments:

Anonymous said...

Bismillahirrahmanirrahim.

Perihal : MAJLIS FATWA atau IJMA ULAMA ?

Seperti yang ramai terpelajar dan Muslim sedia maklum bahawa dasar pengambilan hukum Fiqh ialah bersumbewr pada : Al-Quran, Hadith, Ijma Ulama, Qias dan Ghuruf [nilai dan norma).

MASALAH yang saya dan ramai orang hadapi ialah kekaburan mengenai KEDUDUKAN dan PERANAN IJMA ULAMA (ULAMA bersifat jama' kepada perkataan ALIM).

Menurut pendapat saya, atas dasar sumber hukum, bahawa pendapat memberi atau menjatuhkan hukum daripada seorang ALIM sahaja tidak boleh dijadikan KENTENTUAN selagi hukum itu tidak diterima oleh IJMA (RAMAI yang "berwibawa").

[pemimpin politik walaupun seluruh "parlimen dan senat" menyatakan haram atau halal. Mereka tidak berhak dalam kontek IJMA ULAMA]. [keluasan rujukan IJMA ULAMA boleh memakai pendapat pakar kepada dssar LIMA tersebut di atas]

saya hairan bagaimana sekarang wujudnya MAJLIS FATWA menggantikan IJMA ULAMA yang hilang dalam masyarakat kuasa Islam ; malahan "banyak" keputusan MAJLIS FATWA itu tidak [boleh ?] pula diwartakan {?}.

Harap para ilmuan dalam Islam menyatakan sejarah timbulnya FATWA YANG BEGITU MENONJOL mengambil tempat IJMA ULAMA [HILANG?]iaitu pandangan wujudnya perbezaan dua kedudukan dan dua peranan masing-masing.
~Aq Malaysia : 17 Oktober 2010.

joecharlie said...

Semalam aku sempat bertemu dengan seorang hamba Allah di GM, banyak cerita yang aku dapat dari hamba Allah ini, namun aku diberitahu bahawa segala cerita ini tak boleh dibongkar di Galas atas permintaan Ku Li (apa sebabnya hanya Ku Li yang tahu)

Tapi aku nak berkongsi sikit cerita yang aku dapat dari hamba Allah ini, kisah yang aku nak cerita pada korang adalah mengenai kisah perkahwinan calon PAS, ada banyak pihak yang meragui status Dr Zul Gendut ni.

Sebenarnya Dr Zul sudah pun berkahwin dengan Zainab bt Jalar, dia adalah seorang janda beranak satu. Sekarang aku akan ceritakan sedikit latar belakang Zainab yang tak pernah korang dengar sebelum ini.

Zainab ni pernah kahwin dengan seorang muallaf (Cina masuk Islam) yang bernama Lee, masa itu Zainab bekerja di sebuah hotel, tapi mak bapak Zainab tak setuju dengan perkahwinan ini, akhirnya jodoh mereka tak panjang yang membawa kepada penceraian Zainab dan Lee.

Zainab kemudiannya bekerja dengan Armalah (ini kiranya tempat penjagaan ibu tunggal yang dibuat PAS la). Disinilah Zainab bertemu dengan Dr Zul yang sangat aktif dalam program-program anjuran PAS sehinggakan kliniknya sendiri pun terabai.

Bila dah hari-hari berjumpa, maka dari mata turun ke hati, lahirlah bibit-bibit cinta diantara mereka, sebelum tu pembaca sekalian, Dr Zul adalah seorang yang sudah berumahtangga, ya dia sudah beristeri. Walau sudah beristeri Dr Zul tetap ada hubungan dengan Zainab! Biasalah orang-orang PAS nafsu kuat!

Dalam asyik masyuk mereka bercinta ni, tup-tup satu hari mereka kena tangkap basah pada bulan Julai tahun 2009 di Kuala Krai, bila dah kena tangkap basah, maka isteri Dr Zul dapat tahu, apalagi kecohlah lepas tu mereka bergaduh dan akhirnya perkara ini membawa kepada penceraian mereka.

Dr Zul menjadi duda dan tidak berapa lama lepas tu dia menjadi suami semula sebab dia berkahwin dengan Zainab. Ya la, dah kena tangkap basah, kena kahwin la! Ironiknya pihak PAS langsung tak tahu mengenai hal tangkap basah ini.

Tetapi bilamana The Unspinners mendedahkan Dr Zul pernah ditangkap basah pada posting Oktober 22 2010 dan disambut oleh UMNO Online, maka pada masa itu barulah pihak PAS dapat tahu, bila dah terbongkar skandal ini, PAS melakukan penyiasatan dan mendapati bahawa cerita ini adalah benar!

Lepas tu apalagi, PAS mencari jalan bagaimana untuk menutup cerita ini, cari-cari punya cari, akhirnya mereka mendapat jalan dimana salah seorang tauke balak yang ada hubungan 'perniagaan' dengan pihak PAS telah menawarkan untuk membantu menutup cerita ini.

Untuk pengetahuan korang, masa Dr Zul kena tangkap khalwat tu, ada satu kertas pertuduhan yang telah dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK)! Ramai yang tak tahu pasal ini kan?

Berbalik pada kisah PAS nak tutup cerita ini semula, dimana tauke balak nak membantu tu! Korang tau tak, si tauke balak tu telah menawarkan RM70,000 kepada si penjaga fail di JAHEIK! Bilamana kakitangan tersebut mendapat tawaran yang begitu lumayan, dia pun terus melakukan perbuatan terkutuk itu tanpa merasa takut dengan hari pembalasan!

Akhirnya misi mereka berjaya dan fail itu berjaya dihilangkan, lepas tu apalagi, Dr Zul kelihatan cukup baik la di kalangan ahlul-ahlul PAS, sebab semuanya telah di'kawtim' kat belakang!

Inilah cerita yang aku dapat tentang status Zul Gendut! Kalau korang nak buat report polis terhadap blog ni wahai ahlul PAS, make sure korang buat report polis untuk Zul Gendut sekali, sebab dia berjaya hilangkan fail tersebut dan memadamkan data tangkap basahnya dari sistem!

Wow! Dasyat jugak PAS salah guna kuasa kan? Mentang-mentang la JAHEIK ni bawah bidang kuasa mereka, maka mereka dengan sewenang-wenangnya menghilankan fail tersebut! Elok juga kalau pihak berkuasa siasat perkara ini, kita bukanlah nak tuduh cuma nak pastikan je...

Aku cuma menyampaikan sahaja dan aku harap perkara ini disiasat sepenuhnya! Aku ada detail lagi pasal Dr Zul dan Zainab ni, tungguuu....
Posted by House PK

Post a Comment