19 July 2010

Pakat Masuk PAS Bukan Bersatu Dengan Umno

Parti Islam Se-Malaysia PAS menolak cadangan Tan Sri Harussani yang hendak menjadi perantaraan antara PAS dan Umno demi perpaduan Melayu di negara ini.

PAS bukan angkuh tetapi itulah hakikat yang berlaku pada hari ini, Umno sudah tidak relevan untuk orang Melayu menjadi tempat berteduh. Parti yang pernah disebut oleh Tun Dr Mahathir sebagai parti yang busuk sampai usus. Sepatutya Tun kena nasihat supaya ahli Umno keluar beramai-ramai masuk PAS. Apakah logik PAS diseru untuk bersatu dengan Umno, sedangkan mereka mengalami penyakit yang berjangkit iaitu penyakit barah rasuah dalaman parti, penyakit khianat kepada amanah rakyat, tidak bertanggungjawab kepada hasil mahsul negara, penyakit hanya memikirkan kepentingan perut semata-mata, penyakit tidak peduli kepada rakyat dengan menaikkan harga barang.

Apa perlu PAS diajak bersama dengan Umno semata-mata kerana hendak menghulurkan balang oksigen kepada Umno yang semakin kehilangan sokongan terutama Melayu terpelajar dan Melayu yang celik maklumat. PAS memahami tahap sokongan orang-orang Melayu sudah berubah, maka Umno berdendang dengan irama lama iaitu kuasa Melayu terancam. Apabila sudah nyawa di hujung halqum, baru Umno sedar PAS parti Melayu. Sebelumnya Umno tidak pernah memandang PAS, malah angkuh dengan kuasa untuk menindas sesama bangsa.

PAS suka mengingatkan kepada Tan Sri Harussani sebagai seorang mufti, di antara disiplin mufti kena rujuk Al-Quran, hadis, ijmak dan qias dan mengetahui gambaran masalah yang berbangkit barulah boleh keluarkan fatwa. Barulah fatwa yang dikeluarkan itu dihormati oleh orang ramai. Begitu juga dalam hal politik, sebelum beliau hendak mengeluarkan pandangan biarlah buat kajian dahulu, apakah benar kalau PAS dan Umno tidak bersatu kuasa politik melayu terancam.

PAS suka mengingatkan kepada Tan Sri Harussani tolong lihat dulu keputusan pilihanraya 2008, siapa yang khianat kuasa politik Melayu? PAS atau Umno. Macam mana kuasa Melayu boleh hilang kuasa sebab semua kerusi Melayu, PAS akan lawan Umno, kalau Umno kalah, PAS menang, PAS Melayu juga. Mana sifir kuasa Melayu terancam.

Apakah Tan Seri hanya anggap PAS kuda tungangan DAP dan PKR ketika berkongsi kuasa dalam Pakatan Rakyat. Manakah bukti PAS rugi kepada Melayu dan Islam ketika bersama PR. Tapi PAS boleh buktikan banyak tindakan Umno bersama rakan-rakan BN merugikan agama dan bangsa. Tan Seri lupakah yang menutup surau di Seksyen 8 Shah Alam itu dibuat oleh Umno pimpinan Khir Toyo, lupakah Tan Seri yang halau orang melayu di Kg Berembang dan Kg Plentong Pasir Gudang Johor adalah dibawah Umno. Dato Dr Harun Din, Dato Ismail Kamus, al-Marhum Dato Ishak Baharom diburu macam penjenayah kerana hendak menyampaikan ceramah agama ketika Selangor di bawah Umno. Adakah laporan Lim Guan Eng di Pulau Pinang tutup surau sejak memerintah Pulau Pinang

Hakikat yang berlaku Umno yang serah kerusi majoriti melayu kepada bukan melayu. Contohnya Parlimen Bukit Gantang 2004 Dr Lo lo' PAS lawan Tan Lian Hoe (BN) kemudian tahun 2008 Tan Lian Hoe bertanding di Grik melawan Mohd Noor Abd Rahman Pas, Parlimen Tanjung Malim Mohd Azman Marjohan PKR lawan Ong Ka Chuan (MCA), Dun Pasir Panjang Datuk Seri Haji Nizar Pas lawan Dr S Vasan (MIC). Malah dalam usaha hendak menambah kerusi Melayu bertambah, maka PAS bertanding di kerusi pengundi Melayu kurang daripada 50 peratus di Parlimen Kota Raja yang ditandingi oleh Dr Mariah. Ini adalah sebahagian contoh yang dikhianati oleh parti Umno yang menjadi kekasih Tan Seri Harussani.

PAS menyeru kepada ahli Umno yang ikhlas dan sayangkan agama, bangsa dan negara gunakanlah akal yang Allah berikan untuk buat keputusan supaya keluar Umno dan bersama-sama PAS yang sedang bersama membentuk pemetaan politik baru bersama-sama Pakatan Rakyat.Ingatlah Islam selamat, Melayu selamat, bangsa lain selamat, negara pun selamat. Kalau Melayu selamat belum tentu Islam dan negara akan selamat.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

3 comments:

Anonymous said...

Bismillahirahmaanirahiim !
1~Mewmbaca dan mendengar seruan perpaduan Melayu-Islam. Antara yang mersik datang daripada Mufti Perak.

2~Malangnya saya tidak ketemu penulisan atau kertas kerja dasar perpanduan yang hebuhkan.
Apa yang terlihat ialah sambut menyambut suara politik. Mufti menyambung cakap sahaja (?).

3~Kita ingin mengingatkan bahawa KUASA POLITIK adalah lahir daripada acuan "WESTMINSTER" DEMOKRASI BEBAS. Peungdi dan bentuk kawasan, hak dan tanggung jawab bukan sahaja tertakluk pada perlembagaan tetapi juga berbagai persatuan bukan politik.

[teliti dan faham jika berminat ; melihat dan selidik tentang FORCE atau desakan "kuasa ekonomi-politik dan intelek" antara kaum]. Infrastruktur sudah demikian rupa...
4~Soalnya bukan PERSATUAN Melayu dan KEPEJALAN Islam. Orang Melayu dan Orang Muslim sudah ADA AZSAS MASING-MASING. bila hendak bersatu dan
berasingan.

5~SOALNYA : "SIAPA YANG MEMIMPIN dan corak POLA KEPIMPINAN yang BERSIH daripada segala nilai KEBENDAAN dan SEKULAR yang menolak atau meringankan sistem nilai tradisi dan KETUHANAN selama ini.

6~Bagaiman kedudukan "haq rakyat", bukan bolotan koperat, syarikat gergasi dan bank mengenai tanah, air, api dan alam sekitar dan komunikasi?.

7~"SIAPA yang memimpin PEMIMPIN" ? MANA CADANGAN KONSEP YANG ADIL DAN SAKSAMA YANG DISEDIAKAN ?
Sekian. Secebis pendapat ~Aq 19 07 10

Anonymous said...

Bismillah
II~ "NasiTambah"
PERSOALAN : Jika T sri Harussani tidak bohong sekalipun, tetapi bagi saya, merujuk kepada suasana kepentingan politik terutama bagi PAS masa kini, dengan gelombang tunggu Pemilu (PR umum 13) maka faktor berikut :
A) Mainan media massa yang tidak telus ;
B) Isu yang berlaku dan terbongkar;
C) "Pegawai PAS" yang tidak punya kuasa atas nama ratusan ribu ahli yang hanya punya kad anggota Pas (?) dilayani begitu rupa :
D) Kelemahan daya berfikir kebnyakan pemimpin
Melayu dalam isu menangani perihal "tanah, air, api, angin (kmunikasi dan alam sekitar, budaya, bahasa, kesihatan rakyat dan kecalaran Perlembagaan Persekutuan dan beberapa badan perniagaan,dan perkebunan
~MAKA tidak bijaksana menyatakan bahawa dua pihak parti "ada" berjumpa dengan T Sri.
a) Politiknya, boleh disebut bahawa keadaan itu meletak harga diri T Sri sebagai "pengaman" atau "PENEYLAMAT MELAYU" dalam satu "krisis" politik yang dihebuhkan melanda bentuk wibawa ketuanan/kepimpian/matalamat bangsa Melayu.

INGATLAH DAN BACA KEMBALI SEJARAH POLITIK NEGARA INI YANG DISERAHKAN OLEH BRITISH. BAHAWA
SISTEM KEHIDUPAN DALAM SEMUA BIDANG KEHIDUPAN ADALAH WARISAN DARIPADA ADUNAN BRITISH dan EROPAH.

MALAHAN MAJLIS AGAMA ISLAM DITUBUKAN DALAM ZAMAN PENJAJAHAN ITU PUN ADALAH
DIBAWAH "POLICY" MENCENGKAM SUPAYA ISLAM TIDAK DAPAT BERKEMBANG DILUAR DARIPADA BIDANG IBADAT DAN "MUNAKAHAH" YANG TERKAWAL.
[Sudah lupa jurnal yang terbitkan makalah berkenaan terbaca 25 tahun dahulu]

Pegawai tinggi pentadbiran agama pun dikerusikan kepada mereka yang tingkah lakunya cenderung pada NILAI dan NORMA "sekular". Keadaan ini melarat ke zaman merdeka dan mungkin saki bakinya masih ujud. Ada beberapa kes mahkamah...

NOTA : Untuk berfikir di maqam yang agak tinggi sila ambil perhatian dengan mendalam :

~~"BAHAWA SESUATU BANGSA YANG TIDAK DAPAT MENGUASAI TANAHNYA, AIRNYA, APINYA, ANGINNYA (Kmomunikasi dan Alama sekitar) ADALAH BANGSA YANG BANGSAT".~~~

~Aq

Anonymous said...

BISMILLAH !
ini kesah 17 tahun laut mengenai nasib orang Melayu dan tanahnya,. Semoga ada mata yang mahu melihat ; telinga yang mahu mendengar ;dan
hati yang bercahaya.

BismillahirRahmaanirRahiim !
Terkejut membaca berita mengenai kedudukan taraf tanah di Kg. Bahru KL dalam blog DS Awar.
Bagaimana pun hanya Sultan Selangor berhak nerujuk kepada syarat asal. Segala perubahan yang dibuat ke atas tanah selain dibentangkan ke Dewan Undangan Selangor dan Parlimen maka ikatan-adab warisan kembali kepada Sultan dengan Majlis "pertimbangan"nya. Merujuk kepada asal budi bicara Sultan. Maka tidak "beradat dan beradab" jika menepikan Sultan menyetujui anugrah.

17+ tahun dahulu saya menulis kepada Dato Bandar,Kuala Lumpur, Datuk Dr Mazlan bin Haji Ahmad bertarikh 11 Mei, 1993.
Salinan kepada Lembaga Tabung Haji : Datuk Seri Dr Mahathir, PM. ; Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Kewangan Malaysia ; Pengurusi Dewan Perniagan Melayu Malaysia.

MALANG DAN AJAIB, SAYA TIDAK DAPAT TIMABL-JAWAPAN DARIPADA MEREKA.
Pada 20 April, 1993 dan 11 Mei, 1993 {Per : Pelabauran di Luar Negara dan [resikonya])dan Per : memebeli atau berkongsi HAKMILIK dengan tuan tanah Kampung Baru dan juga segala tanah MALAY RESERV di seluruh negara yang ingin mejual atau membangun.
ISI SURAT DAN BERBAGAI DOKUMEN : mengenai ;Pendidikan, Baitul Quran wal Hadith, Persediaan Makanan dan ucapan semua ketua parti politik'. In tersiar dalam 'BUKU' berbentuk majalah memakai nama "MANIFESTO KITA". Penulisnya Dr Ahmad Kamar.

LTH menjawab panjang mengenai surat Per : "LTH, HAK-MILIK DAN FAEDAHNYA KEPADA PENAUNG DAN ORANG MELAYU KESELURUHANNYA". Malang, LTH tidak memberi perhatian serious kepada syor biasiswa anak pemegang saham yang disyorkan.]

BUATLAH BAIK WAHAI RAKAN ;
KE DALAM LAUT KAMU DICAMPAKKAN.
KALAU KAMU TIDAK DIKENAL IKAN ;
ALLAH TAHU IA ATAU BUKAN.

NOTA : SESUATU BANGSA YANG TIDAK MENGUASAI TANAH, AIR, API DAN ANGINNYA [komunikasi dan alam sekitar] MAKA MEREKA ADLAH BANGSA YANG BANGSAT.
~Aq Sekian.

Post a Comment