
PAS Shah Alam telah selesai melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-24 dan pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Sesi 2011/2013 pada Ahad 24 April 2011 yang lalu.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS. Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengingatkan mengingatkan ahli-ahli agar buang sikap 'tiada masa dengan Allah nanti Allah tiada masa dengan kita', lazimi Al-Quran, tahajjud dan puasa sunat serta berusaha agar kelemahan yang diketahui tidak terus dikekalkan.
Beliau menambah, kemenangan kali kedua di Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) 13 akan datang bagi menjamin segala usaha politik dan dakwah Islam masakini dapat diteruskan.
Sementara itu, ketika berucap dalam majlis sama, Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata, jika musuh dapat merampas semula Selangor, mereka pasti akan melakukan sekatan lebih teruk daripada sebelum ini.
Menurutnya, kemenangan PAS di banyak kawasan termasuk Shah Alam dalam PRU 12 pada Mac 2008 adalah hasil pendirian dan sokongan banyak pihak termasuk bukan Islam dan Melayu. Kerana itu, jelasnya, gerak kerja selepas ini mestilah menjurus ke arah mendekatkan mereka termasuk semua anggota masyarakat lain bagi memahamkan mereka perjuangan dan matlanat PAS dalam memberi dan memelihara hak dan tuntutan semua pihak termasuk bukan Islam.
Berikut AJK yang dipilih:
Yang Dipertua: YB Hj Khalid Abdul Samad
Timbalan Yang DiPertua: Hj Azli Yusof
Naib Yand DiPertua: Mohamad Jamil Abd Rahim
K. Urusan Ulamak: Ustaz Nik Bakri Nik Mat
Ketua Pemuda: Mohd Hilmi Radzuan
Ketua Muslimat: Pn Zarina Dzulkupli
AJK Dipilih:
Ishak Dollah
Hj Abdul Aziz Isa
Mohamad Rosli Mohamad Dani
Halim Mohamed Redzuan
Hjh Maimunah Yusoff
Hjh Faridah Abu Bakar
Hjh Rahilah Arshad
Hj Mohd Yussuf Hashim
Zakaria Abdul Latiff
Hj Safwan Zubir Ismail
Hj Abd Rahman Mayan
Ustaz Mohd Ali Tuah
Hj Abdullah Yunus
Hj Ruslan Saeh
Ustaz Zawawi Yusof
Shamsuddin Drani