29 August 2010

Tidak faham agama punca polemik- Nik Aziz

Rizal Tahir

KOTA BHARU, 29 Ogos: Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ianya antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, isu ini menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.

“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.

“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”, katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu, yang kini hangat diperkatakan.

“Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, tindakan mempolemikkan isu tersebut juga bukan sahaja akan menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam, malah bertentangan dengan sunnah Nabi.

“Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi,” ujarnya.

Dalam Islam menurutnya, Muaalaf ditafsir dengan tiga golongan iaitu mereka yang baru memeluk Islam, belum Islam tetapi cenderung memeluk Islam dan orang bukan Islam tetapi menghormati dan tidak menentang Islam.

“Jadinya dalam tiga ini hanya satu sahaja yang kita guna. Dua lagi kita biarkan menyebabkan masyarakat kita semakin jauh dengan yang bukan Islam,” ujarnya.

Menyentuh mengenai tidak menutup aurat ketika memasuki masjid, Tuan Guru berkata, mungkin masalah penjaga masjid tidak memberitahu kepadanya.

Tuan Guru berkata demikian sewaktu majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan media anjuran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), di rumah anak yatim Taman Sabariah.

Seramai lebih 170 orang anak yatim menerima sumbang wang hari raya dari PMBK.

Dipetik dari harakahdaily.com

2 comments:

Anonymous said...

SAYA MINTA MAAF KERANA PANDANGAN BERIKUT TIDAK
ADA KAITAN DENGAN UCAPAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ. TERSERAH KEPADA PENGELOLA RUANG KE MANA HENDAK DIKETEPI ATAU KETENGAH PENDAPAT SAYA INI. ~ahmad.

Bismillah !
Assalamulaikum !
KEPADA MERREKA YANG BERKENAAN MENENGAI PENJUALAN DINAR.
DINAR DAN DIRHAM ITU MEMANG DASAR KEWANGAN DALAM ISLAM YANG BANYAK BARAKAH DAN HIKMAHNYA.
NAMUN BEGITU KITA BELUM DAPAT
DASARNYA YANG LAGI SAHIH.
BERIKUT MERUPAKAN ASAS PADa KEDUDUKAN.
ADAS BEBERAPA PENYELIDIK MENDAPATI IA BERLAIANAN KEADAAN DINAR YANG DITEMUKAN.
PERTAMA : KETULENAN EMAS DINAR ITU SENDIRI.
Menurut semakan sejarah dinar tulis ialah EMAS SEPULUH atau EMAS 99.9. EMAS yang dipakai oleh KELANTAN dan sebelumnya
oleh beberap penempah ialah 8.16[campur tembaga] dan 9.17 [campur perak] iaitu
yang masing-masing dicampur dengan tembaga dan perak.
PERSOALANNYA : Jika emas campuran bagaimana dengan bayaran zakat, maskahwin dan hukum hudud mengenai pecah amanah dan lainnya ?
KEDUA : BERAT emas dinar berkenaan. Kini dipakai 4.25 grm. bagi satu dinar. Menurut penemuan berat dinar yang terpakai zaman islam lebih darpada itu [ 4.55 grm.] Cuba semak dalam sejarah dinar dan dirham.
KUTIPAN KATA : (EMAS INI DITEMPA MENGIKUT PIAWAIAN KHALIFAH UMAR ALKHATTAB r.a.seberat 4.25grm dengan ketulenan emas 91.7%), bagi saya ia belum dapat disahkan dengan rujukan yang kuat.
KETIGA : BENTUK. BULAT dan EMPAT PERSEGI BOLEH DIRUJUK PADA GAMBAR DAN WANG DI MUZIUM TERKNEAL
KELIMA : EMBLEM menjadi pertanyaan. Bandingkan dengan emblem pada dinar dahulu yang dipakai oleh negara/masyarakat Islam.
KEENAM : PENEMPA ATAU minter. Dahulu penempaan dibuat oleh antara lain MARIWASA. Kelantan sekarang ditempa di luar negeri…
KETUJUH : JAMINAN KESELAMATAN (INSURANCE) dalam berbagai CARA dan BENTUK JAMINAN.
KEDELAPAN : AKHIR SEKALI IALAH PENDAPAT DARIPADA majlis fatwa terutama JAKIM dan HASIL SEMINAR beberap kali selama ini masih TERDIAM dan MEMBATUKAN DIRI. WALLAHUALAMUBISAWAF. JHARAP DAPAT JAWAPAN YANG BERNAS MENGENAI DASAR BERKENAAN. MAAF. 29. 08. 10.

By: ahmad on Ogos 29, 2010
at 7:23 pm
Balas



BISMILAH ! MAAF.

RALAT : ADAS sepatutnya ADA ;
TULIS sepatutunya TULEN ;
BEBERAPA SEPATUTNYA BEBERPA
8.16 SEPATUTNYA 91.6 [Campuran tembaga]
9.17 sepatutunya 91.7 [campuran perak]

Tambhan :
HATI-HATI : DINAR EMAS PERLU JARING PENGAWASAN YANG RAPI DAN KETELUSAN KEGIATANNYA.

1) Apakah benar Malaysia sudah lama tidak lagi bersandar pada emas.
2) Emas Malaysia (BN) hanya seberat 36 tan (tiga puluh enam tan sahaja ?).
3) Semua Kedai emas seluruh Malaysia lebih kaya daripada bank negara ?
4) Dan wang kertas kita, jika nilainya berdasarkan pada emas maka ia hanya berharga dua sensahaja pada RM0!/= atau seringgit hanya dua sen> Malahan ada yang menyatakan kini hanya satu sen sahaja kerana wang kian banyak dicetak. [Harap dapat balas kata jika tidak begitu (?)]



Bagaimanapun, menurut ukuran saya rakyat masih “buta” dengan apa yang dinilai pada hartanya, bukankah begitu ?
Akhbar dan media massa [Melayu terutamanya] boleh dikatakan tidak peduli atau sama kelabu. Merekia tidak memberi pedoman harga setiap masa terutama tentang hala tuju pasaran emas.


Justeru itu ulamapun tidak ambil kesah mengenai KETULENAN dasar dinar dan perak.
Jadi bagaimana dapat memutuskan nilai “sesuatu taksiran” ?


INI ADALAH TANGGUNG JAWAB JAKIM DAN BADAN YANG BERKAITAN DENGAN AGAMA ISLAM.

Dakwah pun tercicir di jalanan "KEREDZAAN ALLAH.

By: ahmad on Ogos 29, 2010
at 11:04 pm

Balas




Aslkm,
Hang hebat la ahmad…… sesuatu untuk saya renungkan… terimakasih. Walaupun Husam agak terburu buru claim ini yang terbaik di dunia( kalau betul baguslah… kalau tak… masih ada ruang untuk tambah baik..) usaha murni mendaulatkan sistem kaedah Islam oleh kerajaan Kelate patut di puji..
Sepatutnya kita umat Islam sokong … jangan condemn……….

Anonymous said...

Kami sebagai rakyat Malaysia sedar bahawa isu Datuk Sosilawati ini tidak mendapat perhatian dan simpati daripada para pemimpin Pakatan Rakyat. Lihat saja kesungguhan mereka ketika isu wanita Cina (sebenarnya Melayu : sebab Teresa Kok tersilap) yang dibogel serta diketuk-ketampi di dalam penjara & isu wanita Mongolia. Kesemuanya ada motif politik walaupun pada dasarnya memang tidak berasas serta langsung tiada bukti kukuh.

>>>> Pada hari ini kita jelas dapat melihat bahawa perjuangan Pakatan Rakyat terutamanya DAP adalah bersifat perkauman dan tidak pernah memperjuangkan keadilan serta hak sama rata.

>>>> Bila melibatkan bangsa MELAYU,..langsung tiada suara untuk memperjuangkan. Inikah pemimpin yang kita mahukan wahai rakyat Malaysia???

Post a Comment