11 August 2010

Ramadhan: Penyucian diri kembali kepada fitrah

Ramadhan: Penyucian diri kembali kepada fitrah
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Manusia terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapkan antara satu sama lain. Unsur tersebut ialah tubuh dan roh. Sejak zaman berzaman, tubuh jika mengalami sebarang masalah dapat dirujuk kepada bomoh dan hari ini digelar sebagai doktor. Kesemuanya ini dirujuk apabila tubuh ditimpa sebarang penyakit. Manakala roh ataupun jiwa, jika ditimpa masalah akan dirujuk kepada pawang. Selalunya penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan mengadu kepada kuasa lain dengan cara yang khurafat. Lalu lahirlah amalan memuja pokok, sungai, batu, cakerawala dan sebagainya.

Semua ini menunjukkan keperluan untuk melunaskan fitrah manusia yang ingin bertuhan. Secara semulajadinya, manusia perlu kepada tuhan. Manusia sendiri tidak boleh menerima dengan akal bahawa dunia ini wujud tanpa pencipta. Lalu dengan keyakinan inilah, manusia mencari-cari siapakah yang perlu dirujuk ketika menghadapi sebarang masalah. Lahirlah dari rasa fitrah tersebut amalan-amalan khurafat yang wujud semenjak zaman dahulu kala.

Islam kemudiannya datang bukanlah sangat untuk mengajar manusia bahawa di dunia ini adanya tuhan kerana itu merupakan satu fitrah. Tetapi Islam datang untuk meletakkan fitrah manusia di landasan yang betul iaitu mengakui tuhan itu hanyalah Allah SWT. Jiwa dan rohani manusia dipandu dengan jelas agar mengakui bahawa zat yang layak untuk disembah hanyalah Allah SWT. Pengabdian inilah merupakan misi utama penciptaan manusia. Inilah tujuan hidup manusia yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Tujuan hidup ini tidak dapat disebut oleh mana-mana ahli fikir jika tidak merujuk kepada al-Quran. Ahli-ahli sains mungkin dapat menyebut apakah tujuan air, tanah, api, udara dan sebagainya. Demikian juga seorang ahli perubatan dapat menjelaskan khasiat ubat-ubatan yang dihasilkan. Namun, tujuan hidup siapakah yang dapat menjelaskan jika tidak Allah SWT sendiri? Sebagaimana seorang yang datang dari ceruk kampung berdepan dengan pelbagai mesin di gudang yang besar, tidak akan mengetahui fungsi setiap jentera dan suis yang dilihatnya kerana tidak mempunyai kemahiran. Orang yang mengetahui fungsi mesin yang pelbagai itu ialah jurutera yang menciptanya atau sekurang-kurangnya berkemahiran tentangnya. Demikianlah manusia, adalah mustahil seorang manusia mengetahui tujuan dia sendiri diciptakan jika tidak diberitahu oleh kuasa yang menciptakan manusia iaitu Allah SWT. Untuk memberitahu tujuan hidup inilah, dihantar rasul-rasul kepada manusia dari zaman berzaman. Merekalah yang ditugaskan untuk memandu manusia bagaimana hidup ini perlu diselaraskan sesuai dengan kehendak Allah SWT.

Jurupandu kepada umat ini ialah para anbiya’ khususnya di akhir zaman ini ialah Nabi Muhammad SAW. Baginda tidak mereka-reka jalan, baginda hanya menunjuk jalan berdasarkan al-Quran. Bulan Ramadhan inilah yang merupakan bulan penurunan al-Quran. Di antara sifat al-Quran ialah hudan linnas berasaskan firman Allah SWT :


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ


Yang bermaksud : Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). Surah al-Baqarah, ayat 185

Justeru, puasa sebagaimana ibadat-ibadat lain merupakan keperluan kepada fitrah manusia. Jika sekalipun ugama tidak mewajibkan puasa ini dilakukan, manusia sendiri tentunya akan mewajibkan ke atas diri mereka untuk berpuasa kerana manfaat yang banyak daripadanya termasuklah dari aspek kesihatan. Apatah lagi jika ia merupakan satu perintah daripada Allah SWT, lebih perlu untuk dilaksanakan sekalipun menempuhi sedikit kepayahan. Tanda taat tunduknya manusia kepada Tuhan mereka ialah mereka sanggup bersusah payah demi membuktikan kepatuhan mereka. Sebagaimana kita bersusah payah untuk anak-anak kita yang kita sayangi, maka demikianlah kita lebih utama untuk bersusah payah demi Tuhan yang kita yakini.

Inilah sebab mengapa setiap amalan di dalam Islam perlu diasaskan kepada niat yang ikhlas. Niat yang ikhlas dalam erti kata lain melaksanakan amalan semata-mata kerana ia merupakan perintah Allah SWT. Bukan sahaja beribadat seperti solat dan puasa, bahkan berpolitik, berniaga, bersosial, berumahtangga semuanya kerana Allah SWT. Hati perlu sentiasa diasuh untuk meyakini bahawa amalan yang dilakukan bukan kerana budaya turun temurun atau adat resam tetapi hanya kerana Allah SWT.

Manusia perlulah sentiasa yakin bahawa Allah SWT itulah yang bersifat dengan al-Khaliq (Yang Maha Mencipta), al-Baari (Yang Memberikan Kemampuan) dan al-Mushawwir (Yang Memberikan Bentuk). Keyakinan seperti ini membantu manusia untuk lebih meningkatkan amal ibadat kerana diyakini setiap amalan tersebut dinilai oleh Allah SWT yang menciptakannya. Keyakinan inilah juga yang akan mendorong manusia untuk berpuasa dengan sesungguh hati. Hilangnya keyakinan ini, hilang jugalah roh dari ibadat puasa tersebut sehingga menghilangkan ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ


Yang bermaksud : “Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang berqiyam tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya kecuali hanya berjaga malam..” – Riwayat Ibnu Majah

Selain itu, saya menyeru kepada seluruh rakyat Kelantan agar memperbanyakkan amalan membaca al-Quran, bersedekah, qiyamullail dan sentiasalah berzikir mengingati Allah SWT. Semuanya ini seharusnya sentiasa menjadi amalan rutin kita bukan hanya ketika di bulan Ramadhan tetapi sepanjang masa. Semoga bacaan al-Quran, sedekah, qiyam dan juga zikir yang kita amalkan sentiasa memandu kita di dalam mengurus tadbir hidup ini berpandukan apa yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Semoga Ramadhan pada tahun ini jauh lebih baik dari Ramadhan pada tahun-tahun yang lepas.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

4 comments:

joecharlie said...

website Gereja Grace BM Shah Alam bertajuk "Kenapa Kita Berada Di Shah Alam". Isi kandungan kata-katanya boleh anda baca dibawah ini dan sedikit sebanyak ianya juga boleh menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh saudara saya darulehsantoday.blogspot.com "Kenapa Di Shah Alam?"...bacalah..dan fikirkanlah dengan sewajarnya...


"KENAPA KITA BERADA DISHAH ALAM?


Oleh: Pastor Joseph Marcose


Sepanjang minggu lalu, satu hal yang renungkan ialah kenapa Tuhan letakkan kita di Shah Alam? Yang pasti ianya bukan secara kebetulan mahupun kerana keinginan sendiri. Tentunya adalah satu rencana Tuhan untuk kita semua.


Saya sedar bahawa Tuhan meletakkan hal ini dalam hati saya supaya saya dan para pemimpin menyediakan satu penyataan atau statement tentang tujuan kewujudan kita di Shah Alam. Nah, apabila saya mula berfikir kearah itu dengan serta merta saya menerima jawapan bagi persoalan ini.


Adanya Sidang BM Gereja Grace di Shah Alam adalah:-


Untuk menjadi Gereja yang melaksanakan Amanat Agung dengan MEMBERITAKAN Injil KEPADA SETIAP BANGSA yang ada disekitar kita,


Untuk menjadi Jemaat yang bertumbuh secara rohani DIUBAH dan diberi kuasa oleh Roh Kudus serta menjadi PEMBACA DAN PELAKU firmannya,


Untuk menjadi Gereja yang berdoa sehingga SETIAP KUBU SETAN diruntuhkan dan SHAH ALAM serta kawasan sekitarnya menjalani LAWATAN TUHAN yang DASYAT, dan,


Untuk menjadi Kristian yang saling mengasihi sesama kita, mengasihi jiran serta masyarakat disekeliling kita.


Saudaraku, GEREJA KITA MEMPUNYAI SATU PANGGILAN KHUSUS DI KOTA SHAH ALAM ini.


Bagi manusia sesuatu itu mungkin mustahil tetapi bagi Tuhan tidak ada yang mustahil. Saya percaya dan yakin IKLIM KEROHANIAN di SHAH ALAM akan BERUBAH dalam sedikit waktu lagi.


Sementara menunggu marilah kita tekun berdoa, rajin membaca firman dan menjadi saksi mengenai kebesaran. Saudaraku, cara hidup kita juga satu kesaktian.


Selamat beribadah dan Tuhan memberkati.


Pastor Joseph Marcose"

joecharlie said...

Sah PAS juga bersekongkol dengan Parti Komunis Cina ya?bila setiap surat rasmi diletakkan lambang 'shine bintang 3' . KENAPA BINTANGNYA 3 ? adakah ini simbolik kepada kebangkitan fahaman komunisme dalam pakatan yang dianggotai oleh pas,dap dan pkr.

idelogi lambang dalam mempopularkan 'perjuangan' sudah bertapak lama dalam sejarah manusia. karl marx merupakan pengasas ideologi komunis di dunia.jugak digelar bapak komunis antarabangsa.

Anonymous said...

apa benda ko merapu ni joecharlie...pening aku dgn prangai mcm ni...mcm skolah tadika...

joecharlie said...

Syukur artikel aku di sambut oleh PERKASA daerah petaling, pada 16 ogos 2010, PERKASA daerah petaling telah menghantar satu memo bantahan kepada pengerusi MAIS dan pengurusan sacc tempat dimana berlangsungnya event kristian itu, (klik sini) dan PERKASA juga ada membuat laporan polis berhubung satu artikel yang di siarkan dalam laman web gereja grace itu yang bertajuk 'kenapa kami berada di shah alam' tulisan pastor joseph marcose, tapi malangnya artikel itu telah ghaib dari laman web itu.

Dan semalam aku terbaca dalam laman web malaysian insider (klik sini) yang pengerusi siera management sdn. bhd., syarikat yang menguruskan sacc, datuk muhammad adan telah mengesahkan yang event anjuran gereja grace itu telah dibatalkan.

Aku nak ucapkan terima kasih kepada PERKASA daerah petaling kerana aku yakin dengan usaha merekalah event itu di batalkan. Terima Kasih PERKASA.

Post a Comment